![]() |
Administrators :pudin_83, Sasuke | |
| Forum NICOSAGA |
Not logged | Login
|
|
| Online:There are 10 online. Click here to see more | ||
Register |
Profile |
Private messages |
Search |
Online | Help
| Create a free blog | ||
![]() | ||
|
| ![]() | ![]() |
| Author : | Topic: Beberapa Kriteria pemimpin dalam Negara Islam | Bottom |
| pudin_83 admin Posts : 1213 1st Hokage ![]() |
Beberapa Kriteria pemimpin dalam Negara Islam Ustaz Zainudin Hashim 1- Bersifat pemaaf Menurut sesetengah sarjana Islam terdahulu: Tidak ada yang lebih hebat dan kuat yang dimiliki seorang pemimpin itu melainkan dia sentiasa memaafkan orang lain (khususnya rakyat yang dipimpinnya), apabila rakyat sudah sebati dan dapat menerimanya sebagai pemimpin yang suka memaafkan orang lain, maka mereka akan sentiasa bersangka baik terhadapnya, mereka akan terus memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi. Allah akan memuliakan orang yang suka memaafkan orang lain, kerana ia adalah sebahagian daripada sifat yang mesti dimiliki oleh golongan pemimpin. Sehubungan itu, baginda Rasulullah s.a.w. ada menegaskan: "Tidak berkurangan sedekah daripada harta, tidak pula Allah menambahkan kepada seorang hamba yang suka memaafkan orang lain melainkan dia akan dimuliakan Allah, seseorang itu yang bertawaduk kerana Allah, tidak lain akan diangkat kedudukannya di sisi-Nya." Hadis sohih. 2- Bersikap lembut sepanjang masa Allah SWT menegaskan menerusi ayat 159 surah ~Ali Imran yang bermaksud: "Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka, sekiranya kamu bersikap keras lagi kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dar sekeliling kamu. Oleh itu maaf dan ampunkanlah mereka serta bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu (mengenai keselamatan negara dan sebagainya)." Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan dalam satu hadisnya: "Mahukah aku beritahu kamu golongan yang diharamkan masuk neraka atau neraka tidak mahu menerimanya - iaitu golongan yang berlemah lembut." Hadis riwayat Imam at-Tirmizi daripada Ibnu Mas’ud. 3- Peramah dan berakhlak mulia Sayidatina Aishah r.a. berkata, aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ya Allah! Mana-mana pemimpin yang berlaku kasar dalam urusan umatku, maka berlaku keraslah Engkau terhadapnya, dan mana-mana pemimpin yang berlaku baik, peramah dan berakhlak mulia, maka berlaku baiklah terhadapnya." Hadis sohih. Dalam riwayat yang lain, pemimpin yang bersikap keras dan sebagainya, mereka dilaknat oleh Allah SWT. Hadis riwayat al-Munziri daripada Abu Uwanah dalam sohihnya. 4- Teguh pendirian Antara sifat atau ciri terbaik yang mesti dimiliki oleh golongan pemimpin ialah teguh dalam pendiriannya terhadap sesuatu perkara, tanpa cenderung kepada pihak tertentu melainkan setelah dibuktikan kebenarannya, mereka tidak mudah percaya kepada satu pihak tanpa mendengar pihak yang lain, mereka tidak mudah dipengaruhi kerana ia akan membawa kepada keretakan dalam masyarakat. 5- Tunai dan tepati janji Bagi pemimpin yang mengingkari janji khususnya terhadap rakyatnya akan membawa padah yang berpanjangan, kerana dianggap sebagai orang yang mencabuli hak asasi mereka, justeru tidak layak memimpin dan terpaksa menanggung risiko, apatah lagi rakyat yang sering mengikuti kelas pengajian Islam yang menjelaskan bahawa salah satu ciri orang-orang munafik ialah mengingkari janji yang telah dibuat. 6- Bersikap benar baginda Rasulullah s.a.w.bersabda: "Tiga golongan di mana Allah SWT tidak akan bercakap dengan mereka pada hari Kiamat, tidak pula memandang kepada mereka dan tidak akan menerima mereka, bagi mereka azab yang amat pedih, mereka itu adalah orang tua yang berzina, pemimpin (pemerintah) yang berbohong dan orang miskin yang sombong." Hadis Sohih riwayat Salman dan Abu Hurairah. 7- Menyimpan rahsia baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: "Lakukan segala tugasan atau hajat kamu dengan berahsia, kerana sesuatu yang baik itu sering dimusuhi." ![]() | |||
| http://www.pudin83.blogspot.com/ “Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat.. Puas kita menangis, mencari di mana matahari! Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..” |
| pudin_83 admin Posts : 1213 1st Hokage ![]() |
Hmm.. Ntah.. | |||
| http://www.pudin83.blogspot.com/ “Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat.. Puas kita menangis, mencari di mana matahari! Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..” |
|
| ![]() | ![]() |
Get a free forum!
AceBoard Free Forum v 5.3
Download Premium Web Templates!