FORUM, Forum Discussion, Forum Gratuit, Nom de domaine, Nom de domaine gratuit, Redirection gratuite,

Forum NICOSAGA Administrators :pudin_83, Sasuke
Forum NICOSAGA
Not logged | Login
Online:There are 10 online. Click here to see more
Register Register | Profile Profile | Private messages Private messages | Search Search | Online Online | Help Help | Create a free blog

forum Forum index forumSukan forumFAM memang bersalah..

Author : Topic: FAM memang bersalah..  Bottom
 pudin_83
 admin
 Posts : 1213
 1st Hokage
 pudin_83
  Posted 03/03/2009 07:53:05 AM
Send a private message to pudin_83
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) digesa supaya jangan terlalu sensitif dengan teguran daripada pihak yang ingin memperbaiki mutu bola sepak tanah air.

Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaludin berkata badan induk itu perlu menerima segala teguran dengan hati terbuka “walaupun kadang-kadang teguran itu terlalu pedih ataupun ada kalanya teguran itu tidak berasas.”

“Janganlah pula seolah-olah FAM ini tak boleh langsung ditegur, terima teguran dan juga pandangan daripada ahli gabungan dan daripada mereka yang terbabit dengan bola sepak,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas tindakan FAM menggantung ketua jurulatih Felda United, Reduan Abdullah, selama setahun selain denda RM4,000 kerana mengeluarkan kenyataan akhbar yang dianggap tidak tepat.

Khairy bagaimanapun, berkata beliau belum lagi dimaklumkan tentang sebab-sebab Reduan digantung.

“Tetapi apa pun, saya akan bawa perkara ini ke mesyuarat exco,” katanya serius.

Selepas Reduan, badan induk bola sepak negara itu dilaporkan akan mengambil tindakan terhadap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk Soh Chin Aun, dan ketua jabatannya, Lt Kolonel (B) Kamaruddin Sakhari, kerana dikatakan “mulut celupar“ terhadap FAM. - Bernama.

P/S: FAM memang selalu amek tindakan sendiri tanpa menilai dan menimbang pendapat orang lain.. Kalau x, xkan ada org suka2 je nak kuarkan kenyataan terhadap FAM..

http://www.pudin83.blogspot.com/ “Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat.. Puas kita menangis, mencari di mana matahari! Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..”
 gotoandpaste
 moderator
 Posts : 1011
 Tokubetsu Jonin
 gotoandpaste
  Posted 03/03/2009 10:15:16 AM
Send a private message to gotoandpaste
cepat sangat melenting... huhu...

takde komen lain daa...

Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari, sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.

forum Forum index forumSukan forumFAM memang bersalah..
top
Go to :
  Add a quick reply

Add a quick reply