![]() |
Administrators :pudin_83, Sasuke | |
| Forum NICOSAGA |
Not logged | Login
|
|
| Online:There are 10 online. Click here to see more | ||
Register |
Profile |
Private messages |
Search |
Online | Help
| Create a free blog | ||
![]() | ||
|
| ![]() | ![]() |
| Author : | Topic: PERATURAN DAN POLISI | Bottom |
| Sasuke admin Posts : 315 2nd Hokage ![]() |
Peraturan dan Polisi Forum Nicosaga Objektif peraturan dan polisi Forum Nicosaga ini adalah untuk menjaga kesejahteraan forum. Juga untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak disenangi oleh ahli-ahli lain berlaku. Di harap SEMUA ahli dapat membaca, memahami dan mengamalkan etika berforum yang baik. A. Buka topik baru Topik baru boleh dibuka oleh sesiapa sahaja di mana-mana forum kecuali di forum Pengurusan. Tajuk topik hendaklah menggambarkan apa yang hendak dibincangkan atau ditanyakan. Tajuk seperti “tolonglah aku…”, “aku nak carik kerja…”, “hmmm…” dan lain-lain yang bersamaan adalah ditegah. Tolong cari tajuk yang bersesuaian. Topik yang kurang disenangi pengendali akan dibuang. Contoh: topik politik yang boleh menyebabkan pertelingkahan, topik agama yang tidak sahih, topik merapu dan topik seks. Topik baru hendaklah dibuka di dalam forum yang berkenaan. Topik berkaitan grafik tidak boleh diletak di dalam forum kerjaya. Topik berkaitan cinta tidak boleh diletak di dalam forum multimedia dan seterusnya. Topik yang mempunyai agenda skim cepat kaya atau sistem piramid adalah sama sekali dilarang. Topik yang mengandungi bahan lucah dilarang. Topik yang mengandungi bahan daripada forwarded email adalah tidak digalakkan. Sebelum membuka topik baru tolong buat sedikit carian di dalam forum Nicosaga bagi mengelakkan topik yang sama berulang banyak kali. Caranya, klik pada link Search: B. Membalas mesej Setiap orang boleh membalas mesej di dalam semua forum kecuali forum Pengurusan. Mesej yang dibalas mestilah mempunyai isi yang sepatutnya. Mesej seperti “Hmmm…”, “Ntahle…” atau yang mengandungi similies sahaja adalah ditegah. Jika hendak memberi komen sila berikan dengan jelas dan bernas. C. Etika dan Tatasusila Setiap ahli adalah tertakluk kepada peraturan dan polisi ini. Amaran dan teguran pengendali mestilah dihormati. Penggunaan bahasa kasar dan lucah adalah amat ditegah. Tindakan seperti ban atau dibuang terus dari forum boleh dikenakan. Provokasi di antara ahli juga ditegah. | |||
| http://www.i-niaga.com - Pakej laman web murah |
| pudin_83 admin Posts : 1213 1st Hokage ![]() |
Nape peraturan dan polisi duk dlm ni? nape xletak kat pengumuman je, sasuke? | |||
| http://www.pudin83.blogspot.com/ “Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat.. Puas kita menangis, mencari di mana matahari! Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..” |
| Sasuke admin Posts : 315 2nd Hokage ![]() |
kalo bleh sasuke nak letak kt setiap forum. senang skik. sebagai reminder setiap ahli forum | |||
| http://www.i-niaga.com - Pakej laman web murah |
|
| ![]() | ![]() |
Get a free forum!
AceBoard Free Forum v 5.3
Download Premium Web Templates!