FORUM, Forum Discussion, Forum Gratuit, Nom de domaine, Nom de domaine gratuit, Redirection gratuite,

Forum NICOSAGA Administrators :pudin_83, Sasuke
Forum NICOSAGA
Not logged | Login
Online:There are 17 online. Click here to see more
Register Register | Profile Profile | Private messages Private messages | Search Search | Online Online | Help Help | Create a free blog

forum Forum index forumSegmen Undian (Poll) forumMustahil untuk mansuhkan caj pentadbiran PTPTN

Poll :
Adakah anda bersetuju dgn kenyataan ini?

  Setuju
  Tidak setuju
 
Warning: If you choose Results you will not be able to vote in this poll.
Only one answer is accepted

Author : Topic: Mustahil untuk mansuhkan caj pentadbiran PTPTN  Bottom
 pudin_83
 admin
 Posts : 1218
 1st Hokage
 pudin_83
  Posted 23/10/2007 09:35:44 AM
Send a private message to pudin_83
Mustahil untuk mansuhkan caj pentadbiran PTPTN

PUTRAJAYA 22 Okt. - Adalah mustahil untuk memansuhkan caj pentadbiran skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada masa kini kerana ia akan menambah perbelanjaan mengurus kerajaan, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, ini kerana sumber PTPN itu sebahagian besarnya datang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“KWSP telah mengenakan caj lima peratus kepada PTPN, jadi PTPN kenakan caj pentadbiran kepada pelajar sebanyak tiga peratus.

“Pada masa ini, subsidi kerajaan kepada pelajar ialah dua peratus, beza faedah itu, (dan) pada masa ini ia berjumlah RM300 juta setahun,” katanya kepada pemberita selepas majlis jamuan Hari Raya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Malaysia, Datuk M. Kayveas, pada perhimpunan agung parti itu semalam, supaya kerajaan menghapuskan kadar faedah (caj pentadbiran) skim PTPTN.

Mustapa berkata, isu itu merupakan isu besar dan “kita boleh kaji perkara ini, tetapi itulah kekangan atau halangan yang dihadapi kerajaan oleh kerana pengajian tinggi ini amat mahal dan semakin tinggi kosnya dan mustahil bagi kerajaan untuk membiayainya 100 peratus.”

Beliau berkata, bagi pihak tertentu, isu ini memang popular untuk dimainkan atau dipolitikkan.

“Tetapi sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, apabila kita pinjam wang ini, kita perlu membayar balik.

“Jika kita hendak menghapuskan caj pentadbiran, kita kena keluar lebih banyak daripada perbelanjaan mengurus kerajaan, jadi ini akan memberikan tekanan kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, jumlah yang ditanggung kerajaan sudah pasti akan meningkat dalam lima tahun akan datang dengan pertambahan pelajar ke institut pengajian tinggi. - Bernama

http://www.pudin83.blogspot.com/ “Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat.. Puas kita menangis, mencari di mana matahari! Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..”
 gotoandpaste
 moderator
 Posts : 1011
 Tokubetsu Jonin
 gotoandpaste
  Posted 23/10/2007 01:08:17 PM
Send a private message to gotoandpaste
tak mustahil...

Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari, sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.
 insyirah8070
 moderator
 Posts : 166
 Chunin Elite
 insyirah8070
  Posted 23/10/2007 03:08:52 PM
Send a private message to insyirah8070
XSETUJU!!!!!!!!!

Blh sgt klau dia nk mansuhkan pun....xmustahil....

DeKaTkAnLaH DiRi PaDaNYA...MiLiKiLaH RiNDu DaN KaSiHNYA...aGaR sEnTiaSa LeMaS DaLaM LauTaN CiNTaNYA...YaNG TaK LuNTuR PaSTi......
 stay_back
 Posts : 115
 Chunin Elite
 stay_back
  Posted 19/11/2007 00:02:41 AM
Send a private message to stay_back
AMAT XSETUJU!!!

What ever U see, what ever U hear, what ever U sniff, what ever U touch, what ever U feel, what ever U do.. be Urself!
 Sasuke
 admin
 Posts : 315
 2nd Hokage
 Sasuke
  Posted 19/11/2007 11:39:13 AM
Send a private message to Sasuke
sasuke dop tau nk kate bende sb sasuke tak ambik pinjaman ptptn

http://www.i-niaga.com - Pakej laman web murah
 pudin_83
 admin
 Posts : 1218
 1st Hokage
 pudin_83
  Posted 19/11/2007 01:42:26 PM
Send a private message to pudin_83
mmg doh, sasuke dulu cari pengalaman je masuk kolej kan?

http://www.pudin83.blogspot.com/ “Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat.. Puas kita menangis, mencari di mana matahari! Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..”
 pudin_83
 admin
 Posts : 1218
 1st Hokage
 pudin_83
  Posted 03/12/2007 02:15:40 PM
Send a private message to pudin_83
PTPTN, Status Shariah & Kos Perkhidmatan

Oleh Zaharuddin Abd Rahman

Terlalu ramai yang bertanya kepada saya tentang PTPTN. Saya cuba mengelak dari membuat sebarang ulasan di dalam web saya kerana mendapat info bahawa mereka sedang dalam proses islamisasi produk mereka. Bagaimanapun demi, bersikap adil kepada hukum dan ilmu, saya tiada pilihan kecuali perlu mengurakannya demi menjawab persoalan orang yang-orang yang bertanya dengan adil.

Jawapan mudah saya,  apa yang dilakukan dengan 3 % sebagai kos perkhidmatan adalah riba. Bagaimanapun saya mendapat tahu bahawa,pihak PTPTN sedang berusaha untuk mengubah kepada sistem Islam cuma masih gagal mengimplementasikannya disebabkan oleh masalah sistem pengkomputeran sedia ada dan lain-lain masalaha yang tidak diketahui.

Saya difahamkan beberapa pakar Shariah dan bank Islam di Malaysia telah membentangkan beberapa cadangan struktur pembiayaan pelajaran baru berlandas aqad Ijarah, Bai' dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, banyak yang menemui jalan buntu dan sebahagiannya masih dalam proses penyemakan dan penilaian.

Dari sudut Shariah, 3 % yang diletakkan sebagai kos perkhidmatan itu adalah dianggap sebagai Riba. Tidak dinafikan bahawa para ulama sedunia telah meluluskan bahawa halal bagi sesuatu pinjaman yang dibuat atas asas Qardhul Hasan mengenakan sejumlah kos perkhidmatan kepada peminjam, bagaimanapun cara yang digunakan oleh PTPTN adalah tidak menepati fatwa tersebut.

Apa itu Qard

‘Qard' dari sudut definisinya bermaksud pertukaran atau perpindahan hak milik sesuatu aset atau wang dari pemilik asal kepada pihak lain dengan syarat, pihak lain itu berkewajiban memulangkan aset atau wang yang dipinjam tersebut atau yang sama nilainya pada kemudian hari.

Dalam kata lainnya, ia adalah satu jenis pemberian hutang dalam bentuk sejumlah wang atau pinjaman barangan seperti meminjamkan kereta atau telefon bimbit kepada orang lain dengan syarat ianya dipulangkan semula pada kemudian hari.

Pinjaman atau ‘Qard' dalam Islam adalah merupakan satu kontrak yang di asaskan atas dasar bantu membantu, sukarela (tabarru') dan belas kasihan kepada individu yang memerlukan (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/353). Atas sebab itu, Islam menyanjung tinggi amalan ini sehinggakan Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang melepaskan satu kesukaran saudaranya, maka Allah akan melepaskan pelbagai kesukarannya di akhirat.." (Riwayat Muslim)

Sebuah lagi hadith menyebutkan kelebihan pinjaman tanpa faedah sebagaimana hadith berikut : Dari Anas ra berkata: " berkata Rasulullah SAW, aku telah nampak pada malam aku diperjalankan (pada malam isra' mikraj), tertulis di pintu syurga : satu sedeqah dipergandakan pahalanya sebanyak sepuluh kali, manakala ‘qard' atau pinjaman tanpa faedah digandakan sebanyak lapan belas kali ganda..." (Riwayat Ibn Majah, 2/812)


http://www.pudin83.blogspot.com/ “Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat.. Puas kita menangis, mencari di mana matahari! Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..”
 pudin_83
 admin
 Posts : 1218
 1st Hokage
 pudin_83
  Posted 03/12/2007 02:17:10 PM
Send a private message to pudin_83
Qard ( Pinjaman ) Tidak Boleh diJadikan Asas Perniagaan

Berdasarkan asas tersebut, kontrak pinjaman ini tidak sesekali boleh dijadikan sebagai alat untuk perniagaan atau meraih keuntungan di dalam Islam. Bagi memastikan objektif kebajikan dan bantuan dalam ‘Qard' tercapai, Islam meletakkan kewajiban , bagi setiap pinjaman wang (cth : RM 5000) mestilah dipulangkan pada kemudian hari dengan jumlah yang sama tanpa sebarang tambahan dan manfaat lain yang dipaksakan atau diipersetujui. Sekiranya terdapat sebarang tambahan (cth 3 % dari jumlah RM 5000 sebagai bunga atau manfaat lain), sepakat seluruh ulama menyebut ianya termasuk dalam kategori Riba an-Nasiah yang disepakati haramnya. (Al-Jami' fi Usul al-Riba, hlm 217).

Isu kos perkhidmatan dalam pinjaman

Sungguh ramai yang mengajukan pertanyaan kepada saya berkenaan hukum kos perkhidmatan dan pengurusan yang dikenakan bagi pinjaman yang diberikan. Terdapat beberapa pihak yang cuba mengenalkan produk pinjaman yang bersifat Islam serta diberi nama "Qardhul Hasan". Istilah ‘Qardhul Hasan' merujuk kepada pinjaman tanpa sebarang faedah, ertinya peminjam hanya perlu membayar wang modal yang dipinjamnya sahaja tanpa sebarang penambahan. Ia dikira sebagai salah satu bentuk ibadat yang amat digalakkan kerana sifatnya yang membantu melepaskan orang lain dari kesukaran dan keperluan mendesak tanpa mengambil sebarang peluang atas kesusahan orang lain dengan mengenakan ‘bunga', faedah atau riba.

Walau bagaimanapun, implementasi ‘Qardul Hasan' ini kerap kali tersasar dari tujuan dan konsep asal pinjaman bersifat kebajikan hingga menjadi dwi tujuan, iaitu untuk bantuan dan meraih keuntungan disebalik nama kos perkhidmatan dan pengurusan agar ia menjadi ‘Halal' kononnya.

Sebelum membincangkan soal kos perkhidmatan ini, terlebih dahulu saya ingin membawakan keputusan Persidangan ulama antarabangsa di bawah AAOIFI (http://www.aaoifi.com) menyatakan bahawa semua faedah atau lebihan (dari jumlah yang diberi pinjam) yang telah dipersetujui atau disyaratkan di dalam kontrak atau ‘aqad' pinjaman dibuat di awal kontrak atau dikenakan ketika kelewatan pembayaran balik pinjaman sama ada dalam bentuk wang, barangan dan apa-apa manfaat adalah di larang sama sekali dan ia adalah Riba. (Shariah Standard, AAOIFI, hlm 336)

Adapun dalam hal kos perkhidmatan, Majlis Shariah AAOIFI dan hasil Keputusan Kesatuan Fiqh Islam Sedunia (dalam sidangnya yang ketiga pada 1986 M) berpendapat DIBENARKAN untuk mengenakan kos perkhidmatan dengan syarat ianya ADALAH KOS SEBENAR. Resolusi mereka juga menyebut, adalah HARAM untuk mengenakan kos yang lebih dari kos sebenar, justeru para Ulama dari persidangan tadi mewasiatkan agar cara untuk mengira dibuat setepat dan sebaiknya. Selain itu, keputusan mereka juga menyebut bahawa kos-kos tidak lansung seperti gaji pekerja, sewaan tempat dan tanggungan lain-lain sesebuah institusi itu tidak boleh dimasukkan di dalam kos pengurusan sebenar bagi sesebuah pinjaman. (Shariah Standard, AAOIFI, no 9/1, hlm 337)

Hasilnya, perlu kita fahami bahawa sebarang kos perkhidmatan dan pengurusan yang diletakkan seperti 2 %, 3 % atau 4 % dari jumlah pinjaman dengan hujjah bahawa ianya adalah kos pengurusan adalah tidak boleh diterima sama sekali. Ini adalah bentuk yang dilakukan oleh PTPTN dan lain-lain institusi yang melakukannya.

Majlis Penasihat Shariah Dunia di AAOIFI menyebut " It is not permitted to link the charge to the amount withdrawn (given)" ( Shariah Standard, no 10/3/2, hlm 338). Ini adalah kerana peratusan yang dikaitkan dengan jumlah pinjaman ini menyebabkan jumlah kos pengurusan yang pada asalnya adalah sama (kerana menggunakan alatan dan system yang sama), menjadi berubah mengikut jumlah pinjaman yang diberi.

Inilah Riba yang berselindung di balik nama kos pengurusan dan ‘Qardul Hasan' namanya. Bayangkan, jumlah kos sebenar bagi sesuatu pinjaman yang diberikan kemungkinan hanya (sebagai contoh) sebanyak RM 500 bagi setiap transaksi komputer, peguam, cukai stamp dan lain-lain kos sebenar urusan pinjaman atas asas ‘Qardul Hasan'. Dalam keadaaan ini, sepatutnya sesiapa sahaja yang meminjam, tanpa mengira berapa pun jumlah pinjaman mereka maka akan dikenakan satu jumlah kos sebenar pengurusan yang tetap dan tepat iaitu RM 500.

Bagaimanapun, apabila diletakkan satu jumlah peratusan seperti 2 % dan lainnya. Jumlah kos pengurusan tadi sudah pasti akan berubah mengikut jumlah pinjaman yang diberi, tatkala itu kos pengurusan tidak lagi menjadi kos pengurusan tetapi menjadi kos faedah dan riba yang dikenakan bagi setiap sen duit atau wang yang dipinjamkan.

Akhirnya, mesej yang ingin saya sampaikan dari tulisan kali ini tidak lain adalah untuk memastikan nama ‘Qardul Hasan' dan fatwa oleh ulama sedunia berkenaan keharusan kos pengurusan atas pinjaman tidak di salahkan gunakan atau di salah fahami.

http://www.pudin83.blogspot.com/ “Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat.. Puas kita menangis, mencari di mana matahari! Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..”
 pudin_83
 admin
 Posts : 1218
 1st Hokage
 pudin_83
  Posted 03/12/2007 02:18:18 PM
Send a private message to pudin_83
Yang Sudah Berlalu & Alternatif

Bagi yang sudah terlepas. Wallahu ‘alam, mungkin anda boleh di anggap dalam situasi 'hajiat' ( keperluan yang agak mendesak bagi mencapai fardhu ‘ain dan Kifayah iaitu belajar) jika sememangnya tiada bantuan kewangan lain yang boleh diperolehi di ketika anda memohon. Wallahu a'lam.

Allah SWT telah menyebut dgn jelas ertinya : " Allah tidak membebankan seseorang perkara yang tidak tidak dimampuinya"

Bilamana seseorang tiada jalan lain lagi yang boleh di perolehi untuk mendapatkan bantuan kewangan pelajarannya, cuma PTPTN saja yang layak (pinjaman PTPTN pula pula dibuat secara Riba), atau bagi sesiapa yang telah terlanjur terlibat dengan Riba ini, tidak banyak yang boleh saya nasihatkan kecuali bertawbat kepada Allah atas ketidakmampuan mengelak itu dan berdoa agar anda tidak di bebankan dengan dosa ini dengan hati yang tidak redha.

Mungkin ia boleh diqiyaskan kepada kisah sahabat yang mengucapkan kalimah kufur kerana terpaksa tetapi hatinya sentiasa beriman kepada Allah dan tidak redha dengan kalimah yang terpaksa di ucapkan itu. Bagaimanapun sahabat nabi tadi diancam dengan bunuh, manakala peminjam PTPTN diancam dengan tertutup peluang belajar ?. Adakah sama ?. Tidak juga, kerana belajar ilmu boleh didapati dalam pelbagai cara termasuk yang percuma seperti di web saya ini. Ringkasnya, memang sukar sebenarnya untuk mangangkat tangan mengatakan "saya dharurat ustaz" atau 'saya amat terdesak'  sehingga terlibat. Lebih membimbangkan ada ura-ura untuk mewajibkan ibu bapa menjadi penjamin kepada pinjaman PTPTN  si anak. Ini bermakna ibu bapa juga akan termasuk dalam kumpulan yang terlibat dengan riba dengan jaminannya.

Apapun, jika terlibat juga ia bukanlah dosa 100 % terhasil dari diri anda, tetapi pengurusan berwajib yang lebih besar tanggungannya di sisi Allah SWT.

Bagaimanapun, inisiatif pengurusan PTPTN untuk mengubah cara pemberian bantuan yang selari dengan kehendak Islam dan bertepatan dengan agenda kerajaan "ISLAM HADARI" , boleh di puji, ia pasti dilihat oleh ALLAH swt sebagai satu azam kepada kebaikan. Cuma kita mengharapkan ia lebih dari azam lalu menjadi realiti. wallahu alam.

Saya amat memahami bahawa biasiswa dan zakat pula mungkin amat sukar untuk diperolehi. Apapun, sepatutnya di usahakan terlebih bantuan lain dahulu sebelum mengangkat tangan 'mengalah' dan mengambil yang riba. Bagi saya, adalah lebih baik bagi pelajar yang belajar di dalam Malaysia untuk membuat pinjaman tanpa faedah dengan ibu bapa atau adik beradiknya ( jika mereka orang mampu) dari membuat pinjaman PTPTN yang mengenakan % tertentu sebagaia 'kos perkhidmatan' kecuali jika anda belajar di luar negara yang kosnya terlalu tinggi.

Selain itu, ada beberapa buah bank Islam ada menawarkan pembiayaan pendidikan yang distruktur secara bai Inah. Adalah lebih baik untuk mendapatkan perkhidmatan ini dari terjebak dalam RIba walaupun mungkin kosnya lebih tinggi.

Saya juga ingin mencadangkan agar anda membuat surat memohon agar dihapuskan pembayaran 3 % itu kepada pihak PTPTN, sekiranya mereka luluskan. Alhamadulillah, sekiranya mereka tidak meluluskan, maka tanggung jawab yang sudah terlepas menggunakannya telah dikira terlepas.

Bagaimanapun, jika anda gagal mendapatkan rebate dari PTPTN, maka hutang tersebut masih wajib dibayar penuh menurut undang-undang Malaysia. Saya hanya mampu mencadangkan agar rayuan pelepasan dibuat sahaja. Lebih elok jika rayuan dibuat sambil menampilkan prestasi cemerlang di universiti, mungkin ada peluang untuk mendapat pelepasan sebagaimana jenis 'pinjaman boleh ubah', yang mana kos tamabahan itu boleh dihapuskan apabila pelajar mendapat skor tinggi.

Jika benar PTPTN ada menyediakan ruang bagi mereka yang skor untuk dihapuskan kso perkhidmatan riba itu. maka menajdi WAJIB bagi pelajar untuk meraih skor itu, tidak bersungguh bagi mendapatkannya akan dikira sebagai berdosa. Kerana ada peluang untuk elak , tetapi bermalasan untuk mencapainya. Selamat belajar dalam berkat Allah......


Sekian


http://www.pudin83.blogspot.com/ “Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat.. Puas kita menangis, mencari di mana matahari! Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..”
 alya_aneesa
 moderator
 Posts : 28
 Chunin
 alya_aneesa
  Posted 04/01/2008 09:33:10 AM
Send a private message to alya_aneesa
PTPTN digesa wujud panel syariah

KUALA LUMPUR 3 Jan. – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) digesa supaya mewujudkan panel syariah sendiri bagi membolehkan agensi itu dapat menyelesaikan segala kekeliruan membabitkan hukum syarak dengan lebih efisien.

Gesaan tersebut disuarakan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berikutan wujudnya dakwaan yang mengaitkan caj PTPTN sebanyak tiga peratus yang dikenakan terhadap pelajar bertentangan dengan Islam, baru- baru ini.

Presiden PKPIM, Mohd. Hilmi Ramli berkata, dengan adanya panel syariah, ia mampu menjadikan PTPTN sentiasa melaksanakan sistem syariah dalam pengurusan sistem kewangan, terutamanya pinjaman pelajaran membabitkan pelajar Islam.

Menurutnya, panel syariah itu juga akan dapat memantau serta menjadi ejen perunding kepada PTPTN jika agensi tersebut berhadapan dengan permasalahan syarak.

Buat masa ini, katanya, PTPTN hanya memperoleh rujukan berhubung pelaksanaan kewangan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan.

‘‘Jika ada permasalahan yang melibatkan syarak, ia mengambil masa agak lama untuk diselesaikan.

‘‘Justeru, adalah perlu PTPTN mempunyai panel syariah sendiri agar segala sistem kewangannya sentiasa berlandaskan Islam,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Eksekutif PTPTN, Yunos Abd. Ghani di pejabat PTPTN di sini hari ini.

PKPIM sebelum ini, mendakwa caj perkhidmatan tiga peratus yang dikenakan terhadap peminjam adalah bertentangan dengan hukum syarak.

Dakwa persatuan itu, selain pelajar dipaksa berhutang, mereka juga terpaksa mengikuti sistem pinjaman riba.

Mohd. Hilmi berkata, dalam usaha mewujudkan panel syariah, PTPTN boleh mendapatkan pandangan daripada pakar kewangan dan ekonomi Islam seperti di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

‘‘PKPIM sudah pun mendapatkan kepastian daripada pakar-pakar terbabit yang menyatakan kesudian untuk membantu PTPTN dalam hal itu,’’ jelasnya.

sumber http://www.utusan.com.my

UKIRlah SenYuMan Yg pALing mANis KRn seLaiN seDEkaH..
SeNYUmAn itu ibarat lukisan RaHsiA HaTi & sENyuMan itu tiDaK meNYakiTkAN
tEtaPI.. mENjaDI PEnAwaR haTi yANg SAkiT ^_^
 pudin_83
 admin
 Posts : 1218
 1st Hokage
 pudin_83
  Posted 05/01/2008 10:54:09 PM
Send a private message to pudin_83
masalohnye Majlis Fatwa Kebangsaan belum kuar kenyataan lg, tp diorang dah laksanakan. patut ker? pastu lps ni kalu terbukti bertentangan ngan syarak br gelabah kata Majlis Fatwa Kebangsaan silap r, xbetul r, alasan diorang sbb dah laksanakan..

biasa r kalu menda2 yg dah buat dan dpt byk untung plak tu, xkan diorang nk brentikan gitu je kan.. bg diorang rugi r.. menda tgh naik.. untung tgh byk.. hukum tuhan xpikir??

http://www.pudin83.blogspot.com/ “Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat.. Puas kita menangis, mencari di mana matahari! Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..”

forum Forum index forumSegmen Undian (Poll) forumMustahil untuk mansuhkan caj pentadbiran PTPTN
top
Go to :
  Add a quick reply

Add a quick reply