![]() |
Administrators :pudin_83, Sasuke | |
| Forum NICOSAGA |
Not logged | Login
|
|
| Online:There are 10 online. Click here to see more | ||
Register |
Profile |
Private messages |
Search |
Online | Help
| Create a free blog | ||
![]() | ||
|
| ![]() | ![]() |
| Author : | Topic: Barah buli dikalangan pelajar.. | Bottom |
| pudin_83 admin Posts : 1213 1st Hokage ![]() |
MASALAH buli di kalangan masyarakat terutama remaja memang sukar dibendung 100 peratus kerana ia berkait rapat dengan latar belakang keluarga yang memberi sumbangan besar terhadap tingkah laku seseorang. ![]() Kronologi kes buli: 1. 3 Mac 2009: Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar, Pekan, Pahang, Mohd Azwan Md Ribi, 15, melecur teruk lengan kanannya diseterika senior di asrama hanya kerana enggan membelikan rokok. 2. 1 Mac 2009 : Seorang pelajar lelaki tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang, Marang yang tidak tahan dibuli beberapa pelajar di asrama sekolah itu sejak dua minggu lalu membuat laporan polis. Mangsa mendakwa cedera di kepala akibat dihantuk di dinding dan dipukul seorang pelajar sekolah itu. 3. 16 Februari 2009: Reduan Sami, 15, dibelasah sembilan rakannya di SMK Oya, Dalat, Sarawak, selepas gagal memulangkan telefon bimbit daripada seorang rakannya. Rakaman aksi buli mereka disiarkan di laman web You Tube 4. 17 Ogos 2008: Sekumpulan samseng perempuan termasuk seorang lelaki membelasah seorang pelajar perempuan tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di daerah Tampin, Negeri Sembilan, menyebabkan mangsa cedera di tangan, kepala dan pinggang. 5. 1 Ogos 2007: Seorang pelajar tingkatan dua yang sering dibuli, membawa pisau kecil ke sekolah sebelum menggunakannya untuk mencederakan dua rakan sekelas termasuk seorang yang sering membulinya. Pelajar berkenaan mencederakan mereka dalam satu pergaduhan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 24/2, Shah Alam. Difahamkan, pelajar terbabit membawa pisau itu untuk menakutkan kaki buli itu dan menggunakannya selepas tidak tahan diperlakukan sedemikian. 6. 17 Jun 2007: Lima belas pelajar tingkatan tiga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Klawang, Negeri Sembilan, secara kumpulan memukul 10 pelajar tingkatan dua menggunakan batang penyapu. 7. 10 Februari 2007: Beberapa pelajar tingkatan dua Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya, dipercayai ditendang dan dibelasah sekumpulan pelajar senior hanya kerana enggan mematuhi arahan termasuk menjadi ‘kuli’ membasuh baju pelajar terbabit. 8. 30 Januari 2007: Lapan belas pelajar asrama Sekolah Menengah (SM) Teknik Bintulu, Bintulu, Sarawak, ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan polis berhubung kematian Metheus Mering Augus, 16. Tip elak kejadian buli. 1. Setiap pelajar perlu berani beri maklumat kepada pihak berkuasa atau keluarga jika mereka dibuli individu tertentu. 2. Sebagai rakan, anda perlu mengetahui sebarang perubahan kepada rakan anda dan segera melaporkan kepada pengawas atau guru. 3. Guru atau warden asrama perlu mengambil serius setiap aduan buli dan merahsiakan hal berkenaan supaya pelajar yang menjadi mangsa buli mendapat perlindungan sewajarnya. 4. Ketika minggu suai kenal, pihak sekolah perlu memberi penerangan terperinci kepada pelajar mengenai masalah buli dan apa yang perlu lakukan jika ada pelajar lain membuli mereka. 5. Memperbanyakkan sesi kaunseling kepada remaja bermasalah untuk membimbing mereka kembali ke pangkal jalan. 6. Laksanakan secara serius kempen Hentikan Buli dilancarkan kerajaan tidak lama dulu. P/S: Teringat waktu zaman sekolah dlu.. Setiap hujung mggu sbl cuti mesti ada pergaduhan disekolah. Mcm berjadual plak, ada masa2 tertentu utk bergaduh. Tp dlu bkn buli.. Cma msg2 nk tunjuk puak siapa yg plg berpengaruh dan kuat.. Dan dlu puak ni merujuk kpd kg.. Jd anak2 muda dlm satu kg yg bersekolah di sek tu akan berkumpul dan berlawan dgn puak lain dr kg yg lain.. Jd mereka ni akan berlawan beramai-ramai. Tp xpenah r plak dgr citer smpai ada yg meninggal sbb bergaduh tu. Selalunya cedera ringan tu biasa r.. huhu.. Dan kami yg xde puak ni la jd penonton setia dr atas koridor sek.. --Last edited by pudin_83 on 2009-03-08 09:10:11 -- | |||
| http://www.pudin83.blogspot.com/ “Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat.. Puas kita menangis, mencari di mana matahari! Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..” |
| pudin_83 admin Posts : 1213 1st Hokage ![]() |
Lagi tips atasi kes buli di sekolah.. Pertamanya, mahukah Kementerian Pelajaran menghalalkan semula denda rotan di sekolah-sekolah? Kedua, mahukah kementerian mewajibkan amalan khemah ibadat, qiyamullail sebagai rutin wajib di sekolah-sekolah setiap malam Jumaat di sekolah berasrama penuh? Ketiga, mahukah Kementerian mengguna pendekatan latihan kerohanian berunsurkan keagamaan seperti latihan tarekat bertujuan mengatasi masalah buli ini? P/S: Tips ini ditujukan khas kpd KPM.. --Last edited by pudin_83 on 2009-03-08 10:05:54 -- | |||
| http://www.pudin83.blogspot.com/ “Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat.. Puas kita menangis, mencari di mana matahari! Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..” |
|
| ![]() | ![]() |
Get a free forum!
AceBoard Free Forum v 5.3
Download Premium Web Templates!