![]() |
Administrators :pudin_83, Sasuke | |
| Forum NICOSAGA |
Not logged | Login
|
|
| Online:There are 10 online. Click here to see more | ||
Register |
Profile |
Private messages |
Search |
Online | Help
| Create a free blog | ||
![]() | ||
|
| ![]() | ![]() |
| Author : | Topic: Simpan makanan tin di tempat kering | Bottom |
| pudin_83 admin Posts : 1213 1st Hokage ![]() |
MAKANAN yang sudah diproses di dalam tin atau botol memang memudahkan. Ia sering menjadi pilihan terutama mereka yang tidak gemar memasak atau kesuntukan waktu untuk menyediakan pelbagai hidangan. Apatah lagi, makanan di dalam tin atau botol itu turut menyediakan khasiat yang mungkin tidak jauh berbeza daripada makanan yang dimasak daripada bahan mentah. Makanan bertin atau botol yang dikeluarkan secara komersial biasanya mempunyai jangka hayat yang agak lama. Apapun, tempoh penyimpanan makanan berkenaan yang selamat dimakan banyak bergantung kepada jenis makanan terbabit. Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, makanan mengandungi asid yang tinggi seperti tomato, buah-buahan dan jus buah-buahan boleh disimpan di dalam tin sehingga 18 bulan. Makanan mengandungi asid yang rendah seperti sayur-sayuran dan daging pula boleh disimpan antara dua hingga lima tahun. Sebelum membeli makanan bertin, ada beberapa perkara yang harus diberi perhatian. Selepas memilih, periksa tin atau botol berkenaan terlebih dulu. Usah membeli makanan terbabit yang menunjukkan tin atau botol dalam keadaan tidak sewajarnya seperti lekuk, retak atau ada tanda kebocoran. Di rumah, simpan makanan berkenaan di tempat yang nyaman dan kering. Elak daripada menyimpan makanan bertin di kabinet yang terletak di atas ketuhar, di bawah sinki atau di tempat yang mempunyai persekitaran lembap. Paling penting, periksa tarikh luput makanan bertin berkenaan untuk memastikan kesegarannya. Elok jika pengguna membersihkan bahagian atas penutup terbabit sebelum ia dibuka. Jika bekas tin atau botol berkenaan mengeluarkan pancutan cecair atau buih ketika ia dibuka, lebih elok jika ia tidak dimakan. Makanan itu juga lebih baik dibuang jika ia sudah mengeluarkan bau kurang menyenangkan. P/S: Skang makanan dalam tin jd rutin harian makanan aku dah sejak duk Sabah ni. Almaklum kerja di pedalaman. So, hari-hari sardin.. huhu.. | |||
| http://www.pudin83.blogspot.com/ “Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat.. Puas kita menangis, mencari di mana matahari! Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..” |
| gotoandpaste moderator Posts : 1011 Tokubetsu Jonin ![]() |
baca la leklok neh... kesan jangka panjang tuh... | |||
| Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari, sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu. |
| pudin_83 admin Posts : 1213 1st Hokage ![]() |
Wallahu A'lam bissawab.. Bkn nak makan sgt pun, tp di sini begitu r keadaannya bila ssh dpt makanan.. Sbl ni pun penah bc artikel cam kat atas tu dan mmg xpenah mkn sardin pun sbl tu. Tp keadaan di sini membenarkan sy memakan sardin.. huhu.. Apa pun sardin tu halal ek.. InsyaAllah, berdoalah selalu minta makanan yang kita makan tidak memudaratkan diri kita.. Minta Allah lindungi dr semua yg memudaratkan.. P/S: Kalu diikutkan org yg gemar mkn kepala ikan pun ada kemudaratannya. Antaranya lemah daya ingatan. Tapi, kita digalakkan berdoa sbl mkn agar semua makanan yg kita mkn tidak memudaratkan diri kita.. Apatah lg makanan tu halal kn? Cuma kalu dah tau makanan tu memudaratkan utk masa pjg bolehlah kita kurangkan atau tidak selalu mengambil makanan tersebut.. | |||
| http://www.pudin83.blogspot.com/ “Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat.. Puas kita menangis, mencari di mana matahari! Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..” |
| gotoandpaste moderator Posts : 1011 Tokubetsu Jonin ![]() |
punca segala penyakit datang dari perut kan... | |||
| Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari, sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu. |
| pudin_83 admin Posts : 1213 1st Hokage ![]() |
Yup, tepat skali.. Aku xnafikan sbb ada hadis pun kata begitu.. | |||
| http://www.pudin83.blogspot.com/ “Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat.. Puas kita menangis, mencari di mana matahari! Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..” |
|
| ![]() | ![]() |
Get a free forum!
AceBoard Free Forum v 5.3
Download Premium Web Templates!