![]() |
Administrators :pudin_83, Sasuke | |
| Forum NICOSAGA |
Not logged | Login
|
|
| Online:There are 9 online. Click here to see more | ||
Register |
Profile |
Private messages |
Search |
Online | Help
| Create a free blog | ||
![]() | ||
|
| ![]() | ![]() |
| Author : | Topic: 2 pilihanraya disemenanjung dimenangi PR.. | Bottom |
| pudin_83 admin Posts : 1213 1st Hokage ![]() |
TAIPING: Kemenangan Pakatan Rakyat (PR) bukan isyarat rakyat menolak kepimpinan negara mahupun kerajaan negeri, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi tiga pilihan raya kecil yang juga Timbalan Presiden Umno itu berkata, BN menerima dengan terbuka keputusan pengundi di Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau yang lebih memihak kepada PR. “Ini bukan satu referendum soal kepimpinan. Mungkin ‘feel good factor’ soal kepemimpinan (Datuk Seri) Najib (Razak) agak baru, dan belum meresap ke dalam jiwa pengundi,” katanya kepada pemberita di Hotel SSL Traders di Kamunting, Taiping selepas keputusan tiga pilihan raya kecil itu diumumkan malam tadi. Muhyiddin berkata, BN akan mengadakan bedah siasat atau ‘post-mortem’ bebas dengan segera bagi mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pengundi pada pilihan raya kecil itu. “Kita akan mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri supaya post-mortem ini dikendalikan badan bebas bagi meneliti faktor yang membawa kepada keputusan dua pilihan raya kecil ini. “Kami mahu sebuah badan bebas yang tidak dipengaruhi faktor politik supaya post-mortem itu lebih objektif,” katanya. Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, berkata kekalahan BN di Parlimen Bukit Gantang tidak akan mematahkan semangatnya untuk meneruskan agenda perubahan kepada rakyat. “Ini adalah proses demokrasi yang saya nyatakan sejak dari awal. Kita perlu akur dengan proses demokrasi di mana rakyat sudah membuat keputusan,” katanya. P/S: Damak! Dimana kau... ![]() | |||
| http://www.pudin83.blogspot.com/ “Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat.. Puas kita menangis, mencari di mana matahari! Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..” |
|
| ![]() | ![]() |
Get a free forum!
AceBoard Free Forum v 5.3
Download Premium Web Templates!